Sunday, January 23, 2011

Kenangan Yang Terindah

Dalam meneruskan kesinambungan sebagai seorang guru, aku telah diuji dengan perpisahan ini. Tidak sanggup rasanya untuk meninggalkan kalian semua. Namun bagi memenuhi tuntutan kerjaya, aku akur dengan perpisahan ini. Dan sememangnya terkadang aku tidak menyukai pertemuan kerana dengan adanya pertemuan pasti akan adanya perpisahan.

Namun demikian perpisahan ini membuatkan aku semakin tabah menghadapi kehidupan yang mendatang. Dan aku berharap agar ketabahan ini akan berterusan untuk ku jadikan inpirasi dalam menjalankan tugas ku sebagai Penolong Kanan.


Persahabatan Satu Ujian


Dalam urutan perkembangan emosi seseorang individu, persahabatan berlaku selepas perikatan ibu bapa dan sebelum perikatan pasangan yang berlaku pada masa kematangan. Dalam tempoh antara keakhiran masa kanak-kanak sehingga permulaan masa kedewasaan penuh, persahabatan seringnya merupakan hubungan yang paling penting dalam kehidupan emosi seseorang remaja dan seringnya adalah lebih mendalam, berbanding dengan hubungan yang berlaku kemudian.
Terdapat berbagai-bagai tahap "kerapatan" persahabatan yang menjangkau suatu spektrum lanjar. Oleh yang demikian, wujudnya sebilangan istilah bahasa basahan dalam bahasa Inggeris yang dipergunakan untuk memerihalkan persahabatan serta konteks yang persahabatan itu dipupuk:
  • Fair-weather friend atau kawan cuaca baik: Seorang yang hanya akan membantu kawannya apabila perbantuan itu tidak susah.
  • Casual relationship atau "hubungan seks rambang": Kawan yang mempunyai hubungan mesra dari segi seks tetapi tidak menganggap diri mereka sebagai mencuba memikat; juga dirujuk sebagai friends with benefits atau "kawan yang memberikan manfaat".
  • Best friend atau "kawan karib": Kawan yang seseorang berasa paling rapat. Istilah ini biasanya membayangkan perasaan salingan antara satu sama lain, tetapi ini tidak selalu berlaku dan hubungan kawan karib merupakan sesuatu perkara yang sangat rumit.
  • True friend atau "kawan benar": Orang yang sudi membantu kawan-kawannya yang menghadapi masalah emosi. Istilah ini juga menandakan sebahagian besar altruisme kerana seorang kawan benar seringnya akan mengorbankan masa atau sumber yang lain untuk membantu kawan mereka yang menghadapi kesusahan. Walaupun demikian, kawan benar seringnya jarang ditemui dan mereka tidak semestinya merupakan kawan karib anda tetapi seorang yang anda ketahui akan membantu anda apabila diperlukan.

Tuesday, December 7, 2010

PERSAHABATAN

Semoga persahabatan yang terjalin ini akan kekal sehingga ke akhir hayat.

Thursday, March 18, 2010

Nasi Sup Mok Ku


Ini kedai makan ibu mertuaku di Tanah Merah. Kalau pergi Tanah Merah, singgahlah sebentar di kedai makan ibu mertuaku ini. Hidangan yang paling sedap adalah nasi sup. Memang sedap. Aku kalau balik ke Tanah Merah, pasti nasi sup menjadi santapanku. Satu lagi hidangan yang menjadi kegemaranku ialah kerutup itik serati. Memang sedap. Dulu aku tak makan itik serati. Tapi sekarang bila terdengar itik serati, aku pasti teringatkan kertutup itik serati ibu mertuaku.Walau bagaimanapun aku hanya makan itik serati yang ibu mertuaku masak sahaja. Yang lain tekak aku tak boleh terima.

Ibu mertuaku ini memang pandai masak. Aku tengok di campak-campak aje bahan-bahan dalam kuali. Lepas tu dah siap. Sedap pulak tu. Macam kak aku yang sulung. Kadang-kadang aku pelik dengan ibu mertua dan kakaku itu. Aku cubalah main campak-campak bahan-bahan dalam kuali, macam mereka berdua buat. Sudahnya masuk dalam tong sampah sebab tak boleh makan.

Jadi kalau ke Tanah Merah jangan lupa singgah sebentar untuk Jalan-jalan Cari Makan.

Tuesday, March 9, 2010

VERSI KENA

PEGANG KENA JADI
USIK KENA SIAP
FIKIR KENA BUAT
KATA KENA KOTA

TANGGUNG KENA JAWAB
CAKAP KENA BIKIN
TAK TAHU KENA JAWAB
TAK PANDAI KENA BELAJAR

TAK SEDAR KENA SEDAR
DAH SEDAR KENA INSAF
ADA ILMU KENA AMAL
BILA BERAMAL KENA IKHLAS

DENGAR AZAN KENA HORMAT
MASUK WAKTU KENA SEMBAHAYANG
JUMPA KAWAN KENA UCAP SALAM
BERI SALAM KENA JAWAB

PENAT KENA REHAT
HILANG PENAT KENA KERJA
JADI PENYELIA KENA MENYELIA
JADI PENGURUS KENA MENGURUS

DAH MULA KENA HABIS
ADA PEMBUKA KENA ADA PENUTUP
ADA PENYAKIT KENA ADA UBAT
ADA PERANCANGAN KENA ADA PERLAKSANAAN

ADA SEKOLAH KENA ADA GURU BESAR
ADA GURU BESAR KENA ADA PENOLONG
ADA PENOLONG KENA ADA GURU
DAH ADA GURU KENA ADA MURID

ADA MURID KENA ADA PENGAJARAN
DAH ADA PENGAJARAN MESTI KENA ADA PRESTASI
ADA PRESTASI KENA ADA KECEMERLANGAN
DAH CEMERLANG HATI KENA SENANG HIDUP KENA BAHAGIA

Saturday, February 20, 2010

Personaliti Anak Kita



Anak merupakan anugerah yang tidak ternilai bagi semua ibu bapa di dunia ini. Mereka adalah amanah tuhan yang perlu dijaga dan dididik dengan penuh kesempurnaan. Namun demikian bagi memahami anak-anak ini, ibu bapa perlu tahu kedudukan anak dalam keluarga sedikit sebanyak akan mempengaruhi personalitnya.




ANAK PERTAMA

  • Mudah terpengaruh.
  • Merasa tidak selamat
  • Pintar.
  • Kedekut.
  • Bergantung kepada orang lain.
  • Bertanggungjawab.
  • Sensitif.
  • Cemburu.
  • Mudah teruja.
  • Ketidakpastian.
  • Perlu kepada pengabungan.

ANAK KEDUA

  • Suka mempunyai kawan.
  • Bersikap ekstrovet.
  • Sukakan keseronokan.
  • Boleh dipercayai.
  • Boleh diharapkan.
  • Agresif
  • Tenang
  • Ada mood


Sunday, February 14, 2010

Cikgu Nasir

Inilah nama guru yang terpahat dihati ini dari dulu kini dan selamanya. Seorang guru yang terlalu baik bagiku. Tidak meninggikan suaranya padaku. Dan yang paling aku suka adalah misainya. Kini aku juga mempunyai misai seperti Cikgu Nasir.
Tandatangan Cikgu Nasir juga aku gunakkan untuk menanda buku latihan anak muridku kini.Sememangnya sedari dulu aku suka dengan tandatangan Cikgu nasir pada buku latihanku.
Seakan-akan macam reben. Memang cantik. Cikgu Nasir juga selalu menyuruh aku mengambil begnya di kereta.Tidak lupa juga Cikgu Nasir suruh aku mengambil bekas makanan yang dibawanya daripada rumah.Masih jelas terbayang diruang mataku tangannya yang memberikan ku roti mentega untuk sarapan pagi. Itulah sarapan yang cukup mewah bagiku dulu.
Sehingga sekarang, jika aku melihat tandatanganku pada buku latihan dan juga roti mentega kenangan ketika di SK Bandar Maharani Muar jelas terbayang. Dan Wajah macho Cikgu Nasir tidak lepas daripada ingatanku.
Dimana Cikgu Nasir sekarang.
Rasa sangat rindu untuk mencium tangan Cikgu Nasir,sebagaimana yang pernah aku buat dulu

Sakit Itu Ada Hikmahnya

Sakit merupakan salah satu daripada perkara-perkara yang tidak disukai oleh semua manusa di muka bumi ini. Namun demikian sakit merupakan salah satu daripada perkara-perkara yang mengandungi hikmah yang sangat besar. Jika kita renung sedalam-dalamnya maka kita akan ketahui bahawa disebalik rasa sakit itu...

1. Sakit akan memberikan kesedaran dan keinsafan kepada diri kita bahawa kita adalah insan yang lemah dan tiada kekuatan untuk menyembuhkannya selain daripada Allah (swt).

2. Sakit juga adalah ujian dimana sejauh mana kesabaran dan ketaqwaan kita dalam menghadapi ujian daripada Allah (swt).

3. Allah ingin mengampunkan dosa-dosa yang telah kita lakukan sama ada kita sedar ataupun tidak.

Friday, December 25, 2009

Ana dapat 9A

Alhamdulillah, anak saudaraku,Ana di Muar telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR yang lalu. Bertapa bangganya kakak dan abang iparku.Terharu aku dengan pengorbanan mereka untuk mendapatkan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak. Pesan Pak Itam pada Ana... Jangan lupakan pengorbanan ibu dan ayah.Walau apa pun terjadi hargailah mereka sementara mereka masih hidup.

Kakak Yang Tersayang



Hari ini aku rasa sangat gembira kerana kakaku dari Rompin datang ke rumahku. Dialah kakak yang paling rapat dengan ku dan dia telah kuanggap sebagi ibuku semenjak ibuku tiada lagi di dunia ini.

Mulai hari ini aku adalah blogger seperti korang semua

Assalamualaikum. Selamat datang ke laman ini. Semoga sentiasa ceria bersama keluarga yang tersayang