Thursday, March 18, 2010

Nasi Sup Mok Ku


Ini kedai makan ibu mertuaku di Tanah Merah. Kalau pergi Tanah Merah, singgahlah sebentar di kedai makan ibu mertuaku ini. Hidangan yang paling sedap adalah nasi sup. Memang sedap. Aku kalau balik ke Tanah Merah, pasti nasi sup menjadi santapanku. Satu lagi hidangan yang menjadi kegemaranku ialah kerutup itik serati. Memang sedap. Dulu aku tak makan itik serati. Tapi sekarang bila terdengar itik serati, aku pasti teringatkan kertutup itik serati ibu mertuaku.Walau bagaimanapun aku hanya makan itik serati yang ibu mertuaku masak sahaja. Yang lain tekak aku tak boleh terima.

Ibu mertuaku ini memang pandai masak. Aku tengok di campak-campak aje bahan-bahan dalam kuali. Lepas tu dah siap. Sedap pulak tu. Macam kak aku yang sulung. Kadang-kadang aku pelik dengan ibu mertua dan kakaku itu. Aku cubalah main campak-campak bahan-bahan dalam kuali, macam mereka berdua buat. Sudahnya masuk dalam tong sampah sebab tak boleh makan.

Jadi kalau ke Tanah Merah jangan lupa singgah sebentar untuk Jalan-jalan Cari Makan.

1 comment:

  1. ooo..ajak makan kat rumah 'mok tuo'...rumah kat Rawang x ajak ke ? nanti raya jemput dtng rumah..klu dah siap lah. Klu belum siap, leh dtg jgk...tolong mana yg patut!

    ReplyDelete