Sunday, January 23, 2011

Kenangan Yang Terindah

Dalam meneruskan kesinambungan sebagai seorang guru, aku telah diuji dengan perpisahan ini. Tidak sanggup rasanya untuk meninggalkan kalian semua. Namun bagi memenuhi tuntutan kerjaya, aku akur dengan perpisahan ini. Dan sememangnya terkadang aku tidak menyukai pertemuan kerana dengan adanya pertemuan pasti akan adanya perpisahan.

Namun demikian perpisahan ini membuatkan aku semakin tabah menghadapi kehidupan yang mendatang. Dan aku berharap agar ketabahan ini akan berterusan untuk ku jadikan inpirasi dalam menjalankan tugas ku sebagai Penolong Kanan.


Persahabatan Satu Ujian


Dalam urutan perkembangan emosi seseorang individu, persahabatan berlaku selepas perikatan ibu bapa dan sebelum perikatan pasangan yang berlaku pada masa kematangan. Dalam tempoh antara keakhiran masa kanak-kanak sehingga permulaan masa kedewasaan penuh, persahabatan seringnya merupakan hubungan yang paling penting dalam kehidupan emosi seseorang remaja dan seringnya adalah lebih mendalam, berbanding dengan hubungan yang berlaku kemudian.
Terdapat berbagai-bagai tahap "kerapatan" persahabatan yang menjangkau suatu spektrum lanjar. Oleh yang demikian, wujudnya sebilangan istilah bahasa basahan dalam bahasa Inggeris yang dipergunakan untuk memerihalkan persahabatan serta konteks yang persahabatan itu dipupuk:
  • Fair-weather friend atau kawan cuaca baik: Seorang yang hanya akan membantu kawannya apabila perbantuan itu tidak susah.
  • Casual relationship atau "hubungan seks rambang": Kawan yang mempunyai hubungan mesra dari segi seks tetapi tidak menganggap diri mereka sebagai mencuba memikat; juga dirujuk sebagai friends with benefits atau "kawan yang memberikan manfaat".
  • Best friend atau "kawan karib": Kawan yang seseorang berasa paling rapat. Istilah ini biasanya membayangkan perasaan salingan antara satu sama lain, tetapi ini tidak selalu berlaku dan hubungan kawan karib merupakan sesuatu perkara yang sangat rumit.
  • True friend atau "kawan benar": Orang yang sudi membantu kawan-kawannya yang menghadapi masalah emosi. Istilah ini juga menandakan sebahagian besar altruisme kerana seorang kawan benar seringnya akan mengorbankan masa atau sumber yang lain untuk membantu kawan mereka yang menghadapi kesusahan. Walaupun demikian, kawan benar seringnya jarang ditemui dan mereka tidak semestinya merupakan kawan karib anda tetapi seorang yang anda ketahui akan membantu anda apabila diperlukan.